Saturday, February 26, 2011

~Bersederhana dalam membenci~

Setiap daripada kita berada antara dua macam manusia,iaitu kekasih yang mencintai dan musuh yang membenci.

syaidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: ''cintailah kekasihmu sekadar sahaja, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.  Dan bencilah musuhmu sekadar sahaja, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu nanti''.

 Islam bukan sahaja mengajar etika berkawan, malah ia juga mengajar kita etika untuk berlawan, prinsip asas yang menjadi asas kedua-dua etika ini adalah 'keadilan'. islam melarang kita dalam bercinta, dan membenci sehingga membutakan mata kita dari melihat kebenaran.
apabila kebencian kita kepada seseorang melampaui batas, kita akan hidup dalam psikologi yang amat menyiksakan. setiap kali kita melihat orang yang kita benci melakukan sesuatu atau mengucapkan sesuatu, kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik.
kita tidak dapat menerima kenyataan bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil apa pun, kita tidak boleh  mnerima kelebihan org itu, selepas itu, kita akan sibuk membuka aib dan keburukan  org itu untuk menutup mata semua org drpad melihat kebaikan orang itu.

seringkali seseorang itu tidak tahu punca ia membenci seseorg, dia hanya merasakan benci, apabila melihat atau mendengar suara org itu. namun, jika di tanya  sebab kebencian, ia tidak dapat menjawab dengan jelas dan meyakinkan.

sikap membenci tanpa sebab, sangat jauh dr prinsip keadilan, bahkan, org sepertinya sedg mendera jiwanya sendiri. ada juga org yg membenci kerana ikut-ikutan. seringkali kebencian kita jauh lebih besar daripada sebab. perkara yg remeh berubah menjadi konflik yang berpanjangan kerana ego kita.  kita enggan mengalah dan bertolak ansur , padahal ini sangat di tuntut dalam agama.
orang yang lebih dulu bertolak ansur dan saling bermaafan antara satu sama lain dalam persengketaan petanda kebenaran berada di pihak benar. Rasullulah S.A.W bersabda yg bermaksud, tidak halal bagi seorg muslim menjauhi saudaranya lebih dr tiga hari. kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling antara satu sama lain. org yang terbaik antara kedua-duanya adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam.

p/s: bersederhana dalam membenci, agar tidak melukai hati orang lain...kerana dia juga berhak untuk rasa bahagia, kerana semua manusia di dunia sama,.tiada yang sempurna...




tembak menembak

tarikh: 26 februari 2011
tempat: Ibu Pejabat Kontinjen melaka.
lapang sasar terbuka IPK melaka.

aktiviti menembak yang last bersama suksis, pas nie rindu nk tembak lagi....cerita ckit mengenai aktiviti menembak nie. sebelum n dah 2 kali menembak, kira dah de pengalaman la kan...tp 2 kali tu mesti x kena sasaran....markah pon ckit jek...
tp, tuk last nie, macam x caya banyak yang kena....alhamdulillah..lagi pon tu impian ak..last nk wat yg tembaik...so dapat gak..buktikan kebolehan walaupun x banyak an...and x terer sngat pon....huhuhuhu
p/s: tq banyak2 kpd mereka , kawan2 yang banyak bg support....and jurulatih aku kali nie cik alpenzy...huuhuhuhu..thnks alot...






minggu menderma darah

tarikh : 25 februari 2011
hari: jumaat, 12.30 tgh hari

selama 23 tahun bernyawa, first time dalam idup,  hari ini terpanggil untuk melakukan sedikit amal kebajikan...sebelum nie tersangat takut untuk menderma darah.....tp alhamdulillah aku kuatkan jugak hati tuk menderma darah...excited giler....aku salah seorang insan yang tergolong dalam kumpulan darah B....best....pas nie klau ade rezeki dan di panjangkan umor nk jadi perderma lagi....ok..
p/s: jangan takut menderma apa yg di anugerahkan Allah untuk kiter...mungkin setitik darah kita boleh menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan....



Wednesday, February 16, 2011

AKU Inginkan SEPERTI ini..


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
p/s: sekadar kongsi...from - Artikel iluvislam.com

Tuesday, February 15, 2011

Bukan Cinta Biasa..❤


Hati saya telah bersedia menerima seseorang..saya temui dia..saya akui saya telah pun sukai dia semenjak pertemuan pertama...saya temui dia secara tidak sengaja di laman FB..masa tu hati saya berbunga, kerana saya sedar saya sukai dia dan mula merindui dia..patutla sebelum nie hati saya tidak terbuka untuk sesiapa...rupanya saya dah mula jatuh cinta pada die....saya memulakan bicara dan mengenalinya di laman fb melalui private massege..hari demi hari saya tahu saya telah jatuh cinta.... saya juga tiada alasan mengapa saya begitu sukai die dan jatuh cinta padanya.. 
kadang2 cinta terlalu kejam,..menyintai seseorang yang takkan kita miliki..lalu mengapa ia perlu hadir..pujangga pernah kata, kita akan jumpa yang salah sebelum menemui jodoh kita yang sebenar,,,...
( sekadar kongsi) tp x semua camtukan...Allah maha Adil..dia tahu apa yang terbaik buat umatnya... 
setiap malam saya berdoa, agar cinta ini di balas olehnya..dan bukan bertepuk sebelah tangan...to my  person i really luv u, if u read this u will know how i really luv u..


hargai bila kita berdua, ingati bila kita sunyi
fahami bila hati kita keliru, nasihati bila kita terleka dan maafkan bila hati kita terluka

CINTA
Buat diri saya rasa happy dan bahagia. sebab saya tahu bahawa mustahil diri ini tidak di cinta.
sekurang-kurangnya oleh yang maha Esa, walau seluruh manusia tidak mempedulikan saya..


Tuesday, February 8, 2011

Rahsia bulan kelahiran

suratan atau kebetulan...

8/2/2011~~>11.06 malam..

Entah kenapa tetiba rase cdeh, sebak, kecewa dan serumpun dgn perkataan2 ini....padahal semalam baru bezday aku...tp dah di kurniakan dengan rase seperti ini...bukan nk ckp., tp aku x suka dgn perasaan ini....kejam, kejam,kejam,,( wah2 emo la plak)..xtau ape yg ade dlm fikiran dan hati aku...melampau, melampau sesngt,,huhuhuhu...

from now untill end...i hate this feeling very much..hohohoho...




so, before sleep, saya dedikasikan untuk awak, seseorang yg penah hadir dalam hidup saya.suatu masa yg lalu: 

saya sebenarnya teringin sangat  nak jadi  mimpi yang paling  indah dalam tidur awak...(x boleh kew)
saya ingin nak jadi sesuatu yang boleh awak rindu,( tu pun xleh kew)
tp xpe tetiba langkah saya terhenti, perlahan2..
sebab ape tau..sebab saya dah letih...sangat..

kadang2 saya nk jadi somethingyang bolh awak sentuh
kadang2 saya nk sangat awak  selalu bersama saya..(tp x boleh)
sebab lau xde awak, mesti hidup saya sepi jek memanjang..
tp nak buat camne, bayang awak selalu mengekori saya..( takut pon ade )

awak nie kan dah seperti nynyian dalam hidup saya,
ibaratnye kalau musik xde..hidup saya akan kosong..
bukan apa sebab saya  selalu sangat rindukan  awak...
dan setiap udara yang saya hirup dan keluarkan mesti ade awak...
(knp ek, saya pon x faham knp)

saya dah cakap hanya awak jek yang boleh buat saya tenang,
 tanpa awak saya rase sangat kehilangan semua benda yag wujud dalam hidup saya.
kejamnya awak....saya nk sangat awak selalu ade bersama saya.
tapi nk wat camne xde jodoh kite, so, saya kenala terima
lame kelamaan, hidup saya  jadi sepi.....
rindu serindu rindu nye kat awak...



so, saya dedikasikan ini untuk awak...

sebelumnya kau pergi, renunglah aku di sini
kerana, mungkin kita takkan bersua lagi
dan anggaplah pertemuan ini yang terakhir
pasti dah x payah nk kesal ats apa yg terjadi

banyak sudh pengorbanan telah saya pertaruhkan
'mungkin bg awk x bermakna, sbb awk kata ia bnyak menguris rasa
utk tu maafkanlah saya
kalau saya menggangu ketenangan, dan mungkin awk x perlukn kehadiran saya

banyak dugaan kita lalui
tp hujungnya x seidah apa yg kita impi
ia jd igauan ngeri kita
tp nk wat camne, ia dah berlaku

walau apapun saya terima salam perpisahan dari awak
dan segalanya saya jdkan kenangan yang paling indah dalam hidup saya
biarkan ia berlaku..
dan kini apa yg lebih penting awk dgn cara hidup awk.
saya dgn cara hidup saya.

p/s: maafkn saya awk..hanya dgn cara ini jek dapat lepaskn rindu saya pada awk...huhuhuh..sebab awk yg penh saya cinta dan penah saya rindu suatu masa dahulu...so, x slhkn..sbb sekrg sya dah terima salam perpishn dr awk....





nak camne, tp terpaksa buat cam kat bawah...




 Good Bye LOVE....



Monday, February 7, 2011

hepi bezday to me!!Rosmanora..70022011

Selamat Hari Lahir Rosmanora Osman..
hari nie 07022011..alhamdulillah genaplah usia aku 23 tahun...
jadi sempena hari lahirku...aku memohon kepada pencipta untuk terus merahmati hidupku di dunia dan akhirat. jadi sempena hari yang bermakna , aku ingin dedikasi ucapan untuk org yg penah hadir dalam
hidupku...



  • En Osman&Pn Hasmah : 
  • Tq very much kerana melahir dan membesarkan aku sehingga menjadi seorang insan yang sihat tubuh badan serta berjaya seperti hari ini. jasa dan pergorbanan mak dan ayah tak terbalas dan xternilai dengan wang ringgit.
  • P/S : "terus doakan Nora berjaya di dunia dan akhirat" 



  • Buat Kakak/abang/adik.:
  •  kak T, kak Zam, abe udy, kak ena ...adeq da...tersayang
  •  terima kasih untuk segalanya, untuk persahabatan, kebahagiaan waktu kecil--> dewasa..
  • terima kasih jugak ats kenangan terindah yang telah di cipta bersama2...kenangan sebelum kenal dunia hingga kenangan mendirikan rumah tangga...terlalu indah..tuk di kenang..
  •  TQ so Much..saya bangga dapat kakak, , abang, adik cam korang yang sporting and tak penah berkira...



  • tuk anak sedara yang comel2 belaka...aiman, amira, anisha, umairah, irdina, darwisy..
  • terima kasih cinta kerana menjadi penghibur 'mak tam' saat suka dan duka
  • harap u all semua menjadi anak2 yang soleh dan solehah serta menjadi penyejuk mata dan penawar hati di hati keluarga... 
  • love u all alwayz.....in my heart...nothing gonna change my love for you...

  • Tuk kengkawan yang aku kenal semasa tadika, sekolah ren& menengah, kawan ukm, kawan kat facebook...dan semua yang mengenali diri ini..tq kerana sudi menjadi kawan, teman an sahabatku dunia dan akhirat...
  • gud luck tuk semua..
  • kenangi sebuah persahabatn walau hanya sementara..
  • tuk wanie, lala, linda,,tnks tuk secret recipe...luv u alwayz..

-->Ini adalah antara aspirasi hidupku yang telah banyak membantu aku berjalan, berlari, mendaki, menuruni dan orang yang sama2 menangis dan ketawa bersama..<--

..;) Kamar hatiku sekian lama suram dan sepi kekosongan..aku mencari insan sejati tuk menemani hidupku...menyayangi dan di sayangi, mengasihi dan di kasihi, merindui dan di rindui..saling mengerti di hati.. 
aku harap hanya keikhlasan , dan kurindu keramahan, aku ingin kemesraan berkekalan berpanjangan...