Sunday, October 31, 2010

~WaHai HaTI~

Salam....Alhamdulillah syukur pada Allah kerana masih memberi pelung utk diri ini terus  mencoretkan laman milikku teristimewa ini...al maklumlah...exam memanjang..so bz ckitkan..jadi ptg nie free ckit sbb esok exm ESS...x yah menhafal bnyak cam paper2 wajib major ku....apa lagi..teruslah menyelongkar apa yg ada dalam teknologi yang hanya di hujung jari nie...tetiba terbuka satu blog yang cukup menyentuh hati...indah sungguh coretannya...membuatkan hati ini terharu...dan alhamdulilah...subhanallah...besarnya kuasa mu Ya ALLAh.betapa sayu membaca artikel ini. bila di fikirkan balik, betapa banyak yang belum di persiapkan untuk menghadapi setiap ketetapan ALLAH. di sini ku paparkan apa yang di coretkan oleh puteri perak ....sekadar berkongsi ilmu anda...


Wahai Hati

WAHAI HATI…..DENGARLAH…..

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya.  Bukankah ini yang dinamakan iman…………
Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’
Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.
Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’
Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….

Thursday, October 21, 2010

~Di mana cantiknya seorang wanita~

Sambil terbelek2 something yang boleh manghilangkan kebosonan minda....terbacalah sesuatu yang cukup indah untuk di hayati oleh kaum wanita~ sekadar berkongsi cerita dan nasihat sesama insan yang bergelar wanita termasuk diri ini.....di manakah cantiknya seorang wanita..jom..kita hayati  bersama..




Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."
wanita sejati adalah wanita yang tahu menjaga diri.....

Wednesday, October 20, 2010

RABI'AH AL ADAWIYAH Perindu Cinta Allah

Sambil pusing2 di metro kajang...my friend  ingin ke sebuah kedai buku kerana ingin mencari bahan untuk membuat tesis... sambil membelek2 buku mana yang menarik tetiba mataku terpandang sebuah buku  novel sejarah srikandi islam "Rabiatul Adauwiah" perindu cinta Abadi yang di tulis oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi. di mana rabiatul adauwiah seorang wanita yang di angkat tarafnya menjadi wali. dan bagaimana cinta hatinya tidak mampu di miliki oleh mana 2 lelaki . kerana cinta nya kekal hanya untuk pencipta Nya...jadi di sini sedikit tentang cerita dari buku ini...untuk kita hayati sejarah wanita yang terlalu rindu cinta ALLAH..


Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.


Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
 
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
 
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”
 
Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
 
Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
 
Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:


“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
 
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
 
Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
 
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
 
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin! 
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”
 
Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:


“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”
 
Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.



~HaNYa AwAK YAnG TerINDah~

12/10/2010~ selasa~ 10.03 mlm..


 malam nie tetiba terasa rindu pada seseorang yang jauh di mata, dan sekrg nie sudah jauh di hati.....hehehheeh...i dont know why la....tp ak yakin tu sebenarnya salah satu ujian dari ALLAH untuk umatnya....so,,,sabar yer hati!!!

 orang bijak ade kate, " berhati-hati terhadap cinta. Durinya adalah nafsu dan mawarnya adalah kesucian. berapa banyak manusia yang telah mencium harumnya mawar, padahal mereka tidak menyedari mereka sebenarnya tertusuk duri cinta. Namun cinta sejati ialah cinta yang bisa menghulurkan tangan untuk memetik mawar tanpa tertusuk durinya"......

 Allah telah mengingatikan kita akan tujuan sebuah kehidupan dalam takdir yang telah di tentukan _Nya. Kita boleh mencintai sesiapa saja, tetapi Allahla yang memutuskan dengan siapa kita terikat. Kita boleh mengharap sesiapa sahaja mencintai kita, tetapi samada dier mencintai kita atau tidak juga atas keputusan dan ketetapan Allah untuk Umatnya....


larilah hingga ke  hujung dunia,  menyelamlah hingga ke dasar lautan, terbanglah hingga langit ke 7 sekalipun, kalau sudah jodoh pasti bersatu jua.....bestkan kata2 dr sebuah novel ' sepupuku suamiku'....


namun, cinta ini juga cukup aneh.. hnya pencinta sejati sahaja yang dapat melihat apa yang bersemi di hati mereka. namun jika badai cinta berlaku, cinta memang memerlukan pengorbanan, jika seseorang yang mempertahankan cinta terkorban sekali pon. namun, cinta akan terus hidup dan mekar di sanubari ini.

 CINTA...Allah metakdirkan setiap manusia hidup berpasangan, dan saling mencintai, lelaki dan wanita merupakan asas kepada rumahtangga, cinta adalah suci kerana ia hadir dari maha esa. dan cinta di tanam dalam diri setiap makhluk.

buat kekasih hatiku....andai ini takdir dari yang maha esa kita tidak dapat hidup bersama, lari la ke hujung dunia sekali pon...aku x akan mengejar engkau satu langkah pun...andai engkau menyelam ke lautan dalam...aku tak akan sekali-kali berenang, ..andai engkau terbang tinggi di awan sekalipun...aku tidak akan mengekorimu walaupun sejengkal..kerana memang tiada jodoh kita....tetapi kini, engkau sudah menjadi milik orang, aku hanya bisa melihat dari jauh...andai inilah bisa membuatkan engkau bahagia..teruskanlah....walaupun aku sendiri..namun aku pasti setiap insan yang hidup telah di tetapkan jodoh, pertemuan, ajal dan maut seseorang sejak azali...oleh itu, aku mampu berdoa agar engkau bahagia bersama orang yang tersayang...walaupun..kita tidak bersama, tetapi kenangan bersama 4 tahun yang lalu mampu menjadikan kenangan yang terindah dalam hidup kita....

Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.

so, tetiba terlayan lagu nie...bezt giler.....

Tajuk/Lirik Lagu: Di Sebalik Rahsia Cinta
Artis/Penyanyi: Metropolitan

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan…
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Saturday, October 9, 2010

LoVE My MoTHeR


Bersandarkan kepada sebuah hadith:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم

Maksudnya:
Abu Hurairah telah berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku layan dengan baik seperti seorang sahabat?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian ayahmu."

(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)


Jasa seorang ibu.....
  • Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sukar dinilai dengan wang ringgit ataupun harta benda..
  • Kadang-kadang pergorbanan seseorang ibu itu sangatlah tinggi tanpa mengambil kira  nyawa sendiri supaya anaknya dapat hidup ke dunia ini.
  • Bagi aku, ibu adalah seorang yg istimewa dalam hidup kita....dan ibu x dpt di tukar ganti dgn wang ringgit kerana jasa, pengorbanan dan kasih sayang nya terhadapku dari kecil hinggalah dewasa x mampu di balas walaupun aku menjadi insan yang berjaya satu hari nanti...
  • kerana setiap apa yang di lakukan adalah untuk kita sepenuhnya.....kerana apabila kita sakit, dialah yang merawatnya, apabila kita terluka, dialah yang mebalutnya, apabila kita terjatuh dialah yang megangkatnya, apabila kita lupa dialah yang mengingatkan...pengorbanannya tidak terbalas....
  • oleh itu, aku berjanji pada diri aku...agar satu hari nanti aku akn bisa membalas jasanya...walaupun jasanya tidak dapat di nilai dgn wang ringgit....
Benarlah kata-kata pujangga, “Orang yang baik itu LAHIRNYA DISYUKURI, ADANYA DISENANGI, HADIRNYA DINANTI dan MATINYA DITANGISI.”

For me, my mother, my father  & familay  are so much important people in my life ..

Teristimewa buat mak dan ayah tercinta


PN.HASMAH ISMAIL & EN OSMAN OMAR



Dorongan dan doa restumu menjadi perangsang untukku meraih kejayaan, setinggi penghargaan untukmu atas segala jasa dan pengorbanan...


Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biar pun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biar pun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
BY aeman~ buatmu IBU

Insya ALLAH, ku akan menjagamu di bangun dan tidurmu, di setiap mimpi dan nyatamu...

~SUKSIS sukses~

Jumaat, 8/10/2010
8.00-12.00malam

assalamualaikum dan salam sejahtera.....






I want to be a policewomen!!!!wow

Sedar x sedar, rupanya dah nk masuk tiga tahun aku bersama  kor sukarelawan polis siswa siswi ukm...
.( SUKSIS)  so, selama 2 tahun setengah nie....banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang bergelar sukarelawan polis nie....macam2 la....mengimbas kembali penlibatan aku dalam ko-ke nie , seriously, aku x minat aktiviti yg lasak cam gnie..tp di sebabkan oleh MONEY, ak relakan jugak...huhuhuhu..bkn pe sekurg2nya blh gak tampung perbelanjaan makan dan minum kat cnie kan....yang paling best sekali, kami dah macam satu keluarga dah,..bab kata org cubit peha kiri peha kan pun terasa gak....dgn suksis gak aku dapat ramai kawan....bukn apa, semua yg kita lakukan dalam suksis nie...kitaorg buat sama2....tu yg dah macam adik beradik nie...

apa yg best, selain berkawad kitaorg dapat melancong ke negeri2 dan tempat2 menarik kat malaysia nie...bermula dgn kursus PGA, kita org di ulu kinta, perak, kursus kepimpinan di langkawi, kursus etika di ulu yam, kursus orientasi di ulu bendul, di putrajaya dan sebagainya...mmg best giler ah...walau badan sakit...tp sebenarnya pengalaman tu yang amat berharga..dan org yang x bersama suksis jew yg xkan rasa pengalaman cam gtu kan.....

Kor-SUKSIS menggariskan beberapa objektif penubuhan. Di antaranya ialah:

  1. Memperkenalkan profesyen kepolisan yang menjanjikan kerjaya manarik dan mencabar.
  2. Memberikan pendedahan berkenaan bidang undang-undang dan penguatkuasaan.
  3. Menerapkan nilai disiplin kepolisan yang tinggi.
  4. Mewujudkan kesedaran sivik dan sikap tanggungjawab terhadap agama, bangsa, dan negara.
  5. Membentuk kekuataan fizikal dan mental sekaligus personaliti yang cemerlang.
  6. Mengimbangi pembentukan jasmani, emosi, rohani, dan intelek sesuai dengan kehendak semasa.

    Suksis UKM akan terus di hati, walaupun kita org dah x bersama nanti..kerana suksis telah berjaya mendisiplin diri ini menjadi seorang yang berpesonaliti....tq for jurulatih dan pengawai suksis UKM 2008-2010 kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami skuad 1 suksis ukm...jasa dan bakti anda tidak terbalas...

    So, hari ini...8/10/2010...kitaorang ade sambutan aidilfitri kor suksis~ ini adalah kali terakhir skuad kitaorg sambut raya sebagai anggota suksis....kitaorg apa lagi menghabiskan segala-galanya di sini serta bersuka ria sepanjang program dgn nyanyian dan lakonan....memang best sesangat....


    wif hadiah yg di menangi!!!!!

    tp yang yang paling best ialah, aturcara yang last sekali la...alhamdulillah...x sangka dpt anugerah puteri syawal...huhuhuhu....walaupun...ape2 jew lahkan..so...rasa terharu gak la..bukan selalu dpt anugerah cam tu...so, thnks a lot tuk sape yg pilih i tu sbgai penerima anugerah and title semalam.....sebenarnya sekuntum bunga Blackrose tu yang memberi tuah kot....emmmm...after that, ramai yg nk pinjam black rose tu,...huhuhu..ape2 pon time kasih kps mecksiem shop..menjadi penaja dan perunding imej ku tuk malam tu.....k...hadiah yang i dpt crown and kristal....wowkan...walaupun......

    so, satu pengalaman yang x dpt di lupakan apabila di mahkotakan.....dan di pakaikan crown tu oleh my jurulatih..terharu sesngat....tp, aku jadikan itu, sebagai satu kenangan yang paling indah dalam hidupku sepanjang tiga tahun bersama suksis UKM nie....I love suksis Forever and ever....

    so, ini antara pic tuk jamuan rayer 2010....enjoy it.... ( emmm..x dpt nk upload bnyak...tenet slow cam cput skunk) nati de masa...kite upload lagi ek...tq



    i,m princess this night...wow.( perasan jap ek)



      i love this song " Jendela Hati"...

Thursday, October 7, 2010

~Ilmu Untuk Bekalan~

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

Hari-hari terakhir sem 5 menuntut ilmu politik di Universiti Kebangsaan Malaysia


 


 
“Jika manusia itu merasa hebat(besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah.Jika manusia merasa kuat makan,sebenarnya besar lagi perut lembu.Jika manusia merasa bangga dengan keberaniannya sebenarnya berani lagi binatang buas.Jika manusia merasa bangga dengan tahan lasaknya ,sebenarnya tahan lasak lagi unta.Jika manusia merasa bangga dengan kecantikkanya ,sebenarnya cantik lagi burung merak……Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya”

  ....Apa yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa kegagahan atau kehebatan manusia kerana ilmu pengetahuannya bukan semata-mata saiz tubuh badan seseorang itu ,kecantikan paras rupa manusia ...








~Kenangi sebuah perkenalan dan perpisahan~



Assalamualaikum....sekarg mood agak excited  utk mengarang sesuatu dalam lapangan ini....xtau la kenpa, aku ingin sangat bercerita mengenai kisah seorang sahabat....Dalam sebuah kehidupan ,kita  pasti akan diuji ALLAH, tp hanya  mereka yang beriman, sabar dan redha akan berjaya menhadapi ujian ini. kenapa dalam sebuah persahabatan, perlu ada pergaduhan dan masam muka, sedangkan hal yang kecil di perbesarkan..tidakkah kita rasa bersalah dalam memutuskan tali persaudaraan dan silaturahim yang di tuntut dalam islam, kerana Umat islam adalah bersaudara.. tepuk dada tanya iman, sejauhmana kita menhargai sebuah ikatan persahabatan yang telah kita bina bersama itu kejalan yang di redai ALLAH..?...

Bertemanlah dengan orang yang apabila engkau bercakap dia membenarkan, jika kamu berdua berusaha tentang sesuatu perkara maka dia akan mementingkan urusanmu, dan apabila kamu berselisihan dia mementingkan dirimu”

Bagi aku
kawan bukan satu, tp berjuta..
bukan untuk untuk di guna, tp untuk di jaga
bukan untuk di musuhi tapi di sayangi
bukan untuk sementara, tapi untuk selamanya

bukan untuk di lupa, tp di ingati
bukan untuk di tinggal, tp untuk di rindui
bukan hanya di sini, tp di mana-mana,
bukan setakat ini, tapi hingga hujung nyawa

Ya Allah, 
sentuhlah hati sahabatku ini,
saat dia jauh darimu
peliharalah imannya selalu Ya Allah. 

Doa untuk SAHABAT

Aku menadah tangan berdoa menberitahu Tuhan 
aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan 
seorang sahabat sepertimu kepadaku

Ya ALLAH, 
aku memohon agar engkau sentiasa 
mencurahkan rahmat kepada sahabatku ini
Wahai sahabat aku berjanji 
jika dulu aku adalah sahabatmu,
hari ini aku masih lagi sahabatmu
dan jangan risau mengenai esok 
aku akan sentiasa menjadi sahabatmu
itulah janjiku padamu wahai sahabat dan itulah hadiahku kepadamu... 

Ingatan seorang sahabat kepada sahabat....

 Ramai sahabat yang ketika kita senang,ramai yang datang bertandang,
ketika kita dirundung malang, satu persatu meninggalkan kita

teman sejati adalah teman yang setia tidak hanya di saat kita senang,
tapi juga setia di saat kita susah
carilah teman sejati yang seperti itu, 
insyaAllah kita  akan merasakan indahnya 
persahabatan

teman sejati..
teman sejati adalah teman yang dengan berlapang dada
memaafkan kesalahan orang yang berbuat jahat kepadanya...

Hargailah sebuah persahabatan kerana di sebaliknya tersimpul segala-galanya.
                                  DAN
 kenangilah persahabatn itu walaupun hanya sementara....


Wednesday, October 6, 2010

~BiCAra CiNTa~

Manisnya jika sedang di lamun CINTA...terasa dunia ini ana yang punya...emmm..tula penangan cintakan....kadang2 cinta mungkin di lihat remeh...yer ke dop??tp realiti  tentang CINTA nie, cinta telah banyak mengubah sejarah dunia...tp sejauhmana????ini kerana cinta yang bersahut antara dua sentiasa mendamaikan dan cinta dapat membina semangat dalam melalui liku2 kehidupan...

cinta menjadikan manusia terus kekal berperibadi teguh dan tegar dalam berhadapan dengan ketidaktentuan. kerana dalam hati tersemat nama yang di kasihi....mengimbas kata2 Harry Emerson Fosdick:::
kepahitan memenjarakan kehidupan, cinta membebaskan
kepahitan melumpuhkan kehidupan, cinta memberi kekuatan
kepahitan mendukakan kehidupan, cinta memaniskan
kepahitan menyakitkan kehidupan, cinta menyembuhkan
kepahitan membutakan kehidupan, cinta mencelikkan

kita sering membaca ungkapan ini, 
Usah dambakan isteri sehebat Khadijah
jika diri tidak semulia Rasullullah S.W.T

Tidak perlu isteri secantik Balqis 
Andai diri tak sehebat Sulaiman

Usah mengharap suami setampan Yusof 
Jika kasih tak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika Diri tidak sekuat Hajar dan Sarah 

Usah mimpi mendapatkan lelaki seperti Ali 
Jika diri tidak sehebat Fatimah...

kata-kata ini sudah menjadi warisan yang di bawa oleh satu individu kepada individu yang lain.Namun, menurut satu buku yang pernah saya baca, kata-kata ini dalam diam merendahkan keyakinan kita dalam mencari dan memiliki cinta yang terbaik. Bukankah impian mulia seorang insan yang mahukan kebaikan datang dari doa yang baik? Nabi Muhammad S.A.W sendiri  mendorong manusia dengan mencipta pemikiran yang positif agar manusia punya harapan untuk memenuhi kebaikan.

Di rekodkn oleh Muslim, Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad bersabda.~~
  • "Aku ( Allah ) adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba terhadapku.
  • "Aku bersamanya ketika dia mengingati aku"
  • "Apabila dia mengingati diriku dan dirinya, maka aku akan mengingatinya dalam diriku"
  • "Apabila dia mengingatiku dalam suatu kaum, nescaya aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik dari mereka "
  • Apabila dia mendekatiku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta".
  • Apabila dia mendekatiku sehasta, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa".
  • Apabila dia datang kepadaku dalam keadaan berjalan , nescaya aku akan datang padanya dalam keadaan berlari.
Betapa positifnya hidup kita saling bersangka baik kepada tuhan. Apa saja perbuatan hambanya di lihat satu langkah mendekati dirinya, ia di sambut dgn kata-kata indah dan penuh harapan. Tuhan menilai tidak pada hasil tapi pada usaha kita menyempurnakan kebaikan.

jadi untuk mencari dan memiliki cinta yang sentiasa berada dalam keredaan ALLAH::
 Aku dambakan isteri sehebat Khadijah 
aku cuba mengikut akhlak semulia Rasullullah

Jika aku ingin isteri secantik Balqis
Aku pelajari dan hayati kehebatan sulaiman

Jika aku mengharapkan suami setampan Yusuf 
Kasih setulus Zulaikha aku usahakan

Aku mencari Suami seteguh Ibrahim
lalu aku haruslah sekuat Hajar

Aku bermimpi menjadi seperti Ali 
maka aku ikuti hebatnya Fatimah.

Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia..alangkah indahnya hidup ini, andai  aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu....
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi....
tersentuh hati bila terdengar dan terbaca satu doa yang di hantar melalui FB....jadi, kita hayatilah bersama....

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu


Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…


by me:::::Rosmanora 2010





Tuesday, October 5, 2010

~erti sebuah persahabatan~

Dalam dunia nie, kita tidak mempunyai sesiapa kecuali diri sendiri..namun kita beruntung sebenarnya mempunyai insan yang bernama sahabat yang menemani kita di saat suka dan duka...itulah yang aku rasai sebenarnya...jika dulu aku mempunyai ramai sahabat dan teman yang menyayangi diri ini, tetapi kini aku rasa kan aku bersendiri..ttp aku x tahu mengapa ini semua yang terjadi.??


adakah di dunia ini ada insan yang bernama sahabat yang sanggup berkongsi segala suka dan duka, bab kata orang jika kita luka, dia akan membalutnya, jika kita sakit, dia lah yang akan merawatnya, jika kita jatuh, dia yang mengangkatnya, jika kita sedih, dialah yang menghiburkannya, namun jika kita kecewa, dialah yang akan memujuknya...itu semua adalah kerana kita amat bererti di matanya..


namun, sebagaimna kita menharapkan kejujuran seorang insan yang bergelar sahabat, begitulah dia sebaliknya. tetapi sebenarnya kita sering lupa apa yang kita lakukan terhadapnya banyak menguris hati dan perasaan sahabat. .kita hanya mementingkan diri kita dan kadang kala mempergunakannya untuk memenuhi harapan dan cita- cita kita. kita tidak memahami perasaannya...kadang kala kita rasa di khianati jika janji tidak ditepati.. dan tidak di beri peluang dia menerangkan keadaan sebenarnya...itu bermakna keegoaan kita terlalu tinggi....


namun itulah lumrah dalam persahabatan yang sering berlaku..dalam mana2 ikatan..Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa SAHABAT kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.


jika di imbas kembali ikatan persahabatan yang terbina, di mulakan dengan sebuah pertemuan, kita berjumpa kerana takdir, kita berkawan kerana kasih dan sayang, kita bersama kerana hati, kita berpisah kerana cita2...


kita kekal kerana kuatnya ukhwah yg terbina,
kita bergaduh juga adalah kerana satu ikatan, tetapi tujuannya hanya satu untuk menuju kejalan ALLAH s.W.T
bukan mudah untuk berkawan, namun bukan mudah untuk kekalkan
bkn mudah untuk kita teruskan dan bukan mudah sebahagia sekarang.
tanpa DIA tak mungkin ikatan ini terjadi, semua orang berharap ikatan ini akan kekal ibarat garisan lurus yang tidak berpenghujung...namun apakan daya kita insan biasa yg tidak dapat lari dari salah dan dosa...


namun jika tiba saat dan waktu sahabat meninggalkan kita, kita harus reda kerana takdir dr maha Esa telah menentukan,,,walaupun sedih rasa hati mengenangkan, kerana kau sahabat, kau teman sejati.


tulus niat dan budimu bagai tiada penganti di dunia ini,
senyum tawamu telah menghiburkan hati, namun memori indah antara kita akan terus bersemadi kerana kau sahabatku, kau teman sejatiku..


walaupun sudah takdirnya kau pergi dulu, walaupun aku masih memerlukanmu..namun apakan daya tuhan lebih menyayangi dirimu ..kuredai dan pasrah ats kehendaknya.


namun perjuangan aku masih jauh beribu batu,..selari roh dan jasad hidup..aku akn teruskn walaupun sedih hatiku mengenangkan mu..kerana terasa semalam kau masih bersama aku.


aku mendoakan agar kau aman dan bahagia berada di sana..di sini ku kirimkan doa dan al FAtihah, semoga di sana kau di tempatkan bersama para solihen...kerana KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATIKU....


belajarlah menjadi sahabat sejati,..walau kita terus di khianati..kerana kemanisan nya dapat di rasai. bukan saja di duniawi malah di akhirat nanti..


rindu dr jauh



Kenangan terindah bersama sahabat STPM 2006/2007 Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok




~ROSMANORA OSMAN ~


aku ingin hidup secerah mentari
yg menyinar di taman hatiku
aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan
aku ingin segala galanya damai
penuh mesra membuah ceria
aku ingin menhapuskan duka dan lara
melerai rindu di dalam dada
sedamai pantai yg memutih
sebersih titisan embunan pagi
dan ukhuwah ini pasti berputik
menhiasi taman kasih yang harmoni
seharum kasturi
seindah pelangi segala nya bermula di sini seharum kasturi
seindah pelangi segalanya bermula di hati...

Saturday, October 2, 2010

~Meminati dan Diminati~

Assalamualaikum dan salam sejahtera...pertama sekali alhamdulilah..mlm nie hujan..dan cuaca pun agak dingin sedingin hatiku di kala sunyi..hohoho( merepek da)..em...so malam nie ade nak kongsi ckit tntg satu perasaan yang mungkin ada dan penah di rasai oleh setiap org....iaitu meminati dan di minati....emmm..bunyi cam sama kan..tp sebenarnya walaupun ia sama iaitu berkaitan minat terhadap seseorang namun ia tetap berbeza....

memang tidak salah utk kita meminati sesuatu...dah memng lumrah manusia di ciptakan seperti itu, tp jgnlah sampai perasaan dan hati kita di kaburi di sebabkn mint terhadap seseorg atau sesuatu bendakan....tp, kekadg jika kita meminati sesorang atau pun sebaliknya, kita mudah megiakan jika org yg kita minati mengatakan sesuatu..knp ek?????dan kita juga akn membenarkn org yg kita minati membuat kesalahan...seorang peminat bukn hanya minat kepada seorang artis, minat menjadi apa?, atau menjadikan tokoh politik sebagai idola utk berjaya di masa hadapan.kita minat pd sukn, everything, apa saja...la...ttp kita meminati sesuatu itu, bukan kerana nafsu atau sbgainya, ttp kita meminati kerana kita mengagumi setiap kejadian Allah, kita menyanjungi seseorg, dan kita menyukai sesuatu benda...so..itu la peminat dan meminat...

kita di kurniakan Allah S.W.T akal untuk berfikir dan mensyukuri serta mengagumi nikmat dan setiap anugerah Allah...jadi tak salah untuk meminati seseorang dan menyukai sesutu jika kita ikhlas kerana Allah. namun harus di ingat tiada yang sempurna di dunia ini....


Tak  salah untuk meminati seseorang kerana makluk ciptaan Allah adalah sama taraf...jd jangan lah terlalu angkuh dan sombong apabila seseorang mencintai kita kerana kecantikan dan kekacakan kita,..kerana mereka sekadar mengangumi dan meminati....begitu juga dengan di minati...jgnlah kita terlaklu taksub meminati seseorang atau sesuatu benda kerana...perkara itu hanya mendatangkan keburukan kerana meminati sesutu mengikut hawa nafsu....emmm..serba sedikit sal minat niekan...so kita kenalah seiring dengan agama kita....apa yg di suruh kita laksanakan..apa yg dilarang kita tinggalkan...yuk




.


Friday, October 1, 2010

~kehidupanku~

Kehidupan adalah merupakan anugerah terindah dari Allah untuk insan yang bernama manusia...oleh itu, kita wajib syukuri dan nikmati..and than , kita perlulah sentiasa beringat apa yang kita lakukan perlulah ikhlas kerana Allah dan setiap apa yang kita lakukan kita akan tanggung di kemudian hari. oleh itu, kita perlulah gunakan sebaik- baik nikmat Allah kepada kita...


kadang-kadang tu ada org cakap kehidupan adalah satu lakonan yang perlu di lakonkan sebaik mungkin. tp setiap kehidupan yang kita nk lakonankn tu, perlulah pilih jalan cerita yang paling baik kan...tul x?.....kalau kita senang , mungkin x selamanya. tp selepas kita susah,nak xnk ade jugak terselit sedikit kesenangan...sama jugak cam alam ciptaan tuhan nie kan selepas malam akan menjelmanya siang, olh tu bila  kita senang jgnlah lupa daratan k.....bkn ape..manusia selalu cam gtu..bila dah seng ckit, blh pakai kete besor, umah besor, dan segalanya yg beso..mula la mendongak muka keatas....kekdg dah x pandang bawah...tempat mereka berpihak....bkn apa, semua niekn pinjaman dr yang Maha Pencipta...so walau senang camne pon tetap la kena mensyukuri nikmat Nya.

klau kita di beri kesenangan, gunalah sesempatan untuk buat kebaikan sebelum semuanya terlepas dari gengaman kite....huhuhuhu..nanti bila semua terlepas dari gengaman ...sesal pon dah x guna...bagi insan yang x mamp, jangan lah kiter ingat derita yang kita lalui nie akn berpanjangan..akan ada cahaya di celah kegelapan. .yang penting kita berusaha dan tidak berputus asa dengan pemberian Allah.

Ujian adalah tarbiyah dari Allah, jadi dimanakah kita? bolahkah kite bersabar atau pun sebaliknya, pilihan berada di tangan masing-masing..so, kita nilailah sendiri di mana diri kita berada...kerana Kesenangan yang datang selepas kesusahan Semuanya adalah nikmat dari tuhan..


Antara liku2 kehidupan yang penah aku lalui...



~penggila Drama korea~

Kekadang aku sering tertanya mengapa wanita kat Malaysia nie meminati drama bersiri korea?? emmm..tak terkecualilah aku!!kan...drama korea yang pernah popular di malaysia suatu ketika dulu adalah ' Winter Sonata' heronya Bae Yong Joon tu telah menjadi pencetus kepada kaum wanita kat malaysia nie menonton drama korea...Wah,,,hebat jugak ek drama dr korea nie.....bila tengok drama korea nie...kekadg tersenyum sendiri, marah pon ade, dan yg paling best menangis sebab jalan cerita yang terlalu sedih....kekadang oleh kerana meminati drama korea nie sanggup beli cd atau dvd tuk buat koleksi...kekadang aku sendiri pon, sanggup beli dvd dengan harga yang mahal semata-mata untuk kepuasan hati...huhuhuhu...bila tengok satu episod ke episod yg lain sampailah ke pagi...x makan xminum..janji kenyang tengok drama korea nie..hahhahahah

kekadang aku fikir, apa bagusnya drama korea nie  ek??

 emmm...tp secara ikhlasnyanya, bagi aku...drama dr korea nie ada keistimewaan nya tersendiri berbanding drama lain...tp bkn aku ckp drama lain x bagus tau.....drama korea nie sbb jalan citernye yg menarik, x bosan, drama percintaan yg nampak real, ade eleman gembira, sedih, dan kekadang bila tonton rasa feelingnye...huhuhuhu..so bila kaum hawa tonton..emmm..cair la dgn jalan cternye.....selain itu, sbb heronya yang hensome dan heroinnya yang cantik....mereka mempunyai gaya yang tersendiri...sampaikan boleh mengenali nama2 mereka...hebat betul drama dr korea nie.....

selain itu, background di sebalik dramanya menarik...dgn 4 musimnya...musim panas, sejuk, luruh, bunga...nie la yg membuatkan kiter tertarik utk menonton drama tersebut...betul x??   kekadang bila tonton drama korea kita rase macam nk pegi sana jek..yuk....and than...drama korea nie sgt popular di Asia...so, x hairn lah..kenapa drama cintan cintun dr korea nie menjadi pilihan hati utk di tonton....kan2...


kekadang bila time xde keje..selalu jugak la aku melayan drama korea nie...smada kat KBS world atau pun kat www. mysoju.com...banyak sebenarnya drama korea yang telah ai tonton...tp yang paling best dan meinggalkan kesan ialah ;;;

                  1) MY GIRL


                              

                  2) SASSY GIRL CHUNG YUNG

                 
                  3) BOUNDRIES  OF FOREST



                                         

emmmm, so inilah antara drama korea yang ai minati..u all pon mesti ada minat tersendirikan...so fikir2 la...kenapa..huhuhu...sekadar kongsi.....bye2