Saturday, February 26, 2011

~Bersederhana dalam membenci~

Setiap daripada kita berada antara dua macam manusia,iaitu kekasih yang mencintai dan musuh yang membenci.

syaidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: ''cintailah kekasihmu sekadar sahaja, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.  Dan bencilah musuhmu sekadar sahaja, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu nanti''.

 Islam bukan sahaja mengajar etika berkawan, malah ia juga mengajar kita etika untuk berlawan, prinsip asas yang menjadi asas kedua-dua etika ini adalah 'keadilan'. islam melarang kita dalam bercinta, dan membenci sehingga membutakan mata kita dari melihat kebenaran.
apabila kebencian kita kepada seseorang melampaui batas, kita akan hidup dalam psikologi yang amat menyiksakan. setiap kali kita melihat orang yang kita benci melakukan sesuatu atau mengucapkan sesuatu, kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik.
kita tidak dapat menerima kenyataan bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil apa pun, kita tidak boleh  mnerima kelebihan org itu, selepas itu, kita akan sibuk membuka aib dan keburukan  org itu untuk menutup mata semua org drpad melihat kebaikan orang itu.

seringkali seseorang itu tidak tahu punca ia membenci seseorg, dia hanya merasakan benci, apabila melihat atau mendengar suara org itu. namun, jika di tanya  sebab kebencian, ia tidak dapat menjawab dengan jelas dan meyakinkan.

sikap membenci tanpa sebab, sangat jauh dr prinsip keadilan, bahkan, org sepertinya sedg mendera jiwanya sendiri. ada juga org yg membenci kerana ikut-ikutan. seringkali kebencian kita jauh lebih besar daripada sebab. perkara yg remeh berubah menjadi konflik yang berpanjangan kerana ego kita.  kita enggan mengalah dan bertolak ansur , padahal ini sangat di tuntut dalam agama.
orang yang lebih dulu bertolak ansur dan saling bermaafan antara satu sama lain dalam persengketaan petanda kebenaran berada di pihak benar. Rasullulah S.A.W bersabda yg bermaksud, tidak halal bagi seorg muslim menjauhi saudaranya lebih dr tiga hari. kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling antara satu sama lain. org yang terbaik antara kedua-duanya adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam.

p/s: bersederhana dalam membenci, agar tidak melukai hati orang lain...kerana dia juga berhak untuk rasa bahagia, kerana semua manusia di dunia sama,.tiada yang sempurna...




No comments:

Post a Comment