Wednesday, October 6, 2010

~BiCAra CiNTa~

Manisnya jika sedang di lamun CINTA...terasa dunia ini ana yang punya...emmm..tula penangan cintakan....kadang2 cinta mungkin di lihat remeh...yer ke dop??tp realiti  tentang CINTA nie, cinta telah banyak mengubah sejarah dunia...tp sejauhmana????ini kerana cinta yang bersahut antara dua sentiasa mendamaikan dan cinta dapat membina semangat dalam melalui liku2 kehidupan...

cinta menjadikan manusia terus kekal berperibadi teguh dan tegar dalam berhadapan dengan ketidaktentuan. kerana dalam hati tersemat nama yang di kasihi....mengimbas kata2 Harry Emerson Fosdick:::
kepahitan memenjarakan kehidupan, cinta membebaskan
kepahitan melumpuhkan kehidupan, cinta memberi kekuatan
kepahitan mendukakan kehidupan, cinta memaniskan
kepahitan menyakitkan kehidupan, cinta menyembuhkan
kepahitan membutakan kehidupan, cinta mencelikkan

kita sering membaca ungkapan ini, 
Usah dambakan isteri sehebat Khadijah
jika diri tidak semulia Rasullullah S.W.T

Tidak perlu isteri secantik Balqis 
Andai diri tak sehebat Sulaiman

Usah mengharap suami setampan Yusof 
Jika kasih tak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika Diri tidak sekuat Hajar dan Sarah 

Usah mimpi mendapatkan lelaki seperti Ali 
Jika diri tidak sehebat Fatimah...

kata-kata ini sudah menjadi warisan yang di bawa oleh satu individu kepada individu yang lain.Namun, menurut satu buku yang pernah saya baca, kata-kata ini dalam diam merendahkan keyakinan kita dalam mencari dan memiliki cinta yang terbaik. Bukankah impian mulia seorang insan yang mahukan kebaikan datang dari doa yang baik? Nabi Muhammad S.A.W sendiri  mendorong manusia dengan mencipta pemikiran yang positif agar manusia punya harapan untuk memenuhi kebaikan.

Di rekodkn oleh Muslim, Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad bersabda.~~
  • "Aku ( Allah ) adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba terhadapku.
  • "Aku bersamanya ketika dia mengingati aku"
  • "Apabila dia mengingati diriku dan dirinya, maka aku akan mengingatinya dalam diriku"
  • "Apabila dia mengingatiku dalam suatu kaum, nescaya aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik dari mereka "
  • Apabila dia mendekatiku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta".
  • Apabila dia mendekatiku sehasta, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa".
  • Apabila dia datang kepadaku dalam keadaan berjalan , nescaya aku akan datang padanya dalam keadaan berlari.
Betapa positifnya hidup kita saling bersangka baik kepada tuhan. Apa saja perbuatan hambanya di lihat satu langkah mendekati dirinya, ia di sambut dgn kata-kata indah dan penuh harapan. Tuhan menilai tidak pada hasil tapi pada usaha kita menyempurnakan kebaikan.

jadi untuk mencari dan memiliki cinta yang sentiasa berada dalam keredaan ALLAH::
 Aku dambakan isteri sehebat Khadijah 
aku cuba mengikut akhlak semulia Rasullullah

Jika aku ingin isteri secantik Balqis
Aku pelajari dan hayati kehebatan sulaiman

Jika aku mengharapkan suami setampan Yusuf 
Kasih setulus Zulaikha aku usahakan

Aku mencari Suami seteguh Ibrahim
lalu aku haruslah sekuat Hajar

Aku bermimpi menjadi seperti Ali 
maka aku ikuti hebatnya Fatimah.

Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia..alangkah indahnya hidup ini, andai  aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu....
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi....
tersentuh hati bila terdengar dan terbaca satu doa yang di hantar melalui FB....jadi, kita hayatilah bersama....

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu


Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…


by me:::::Rosmanora 2010





No comments:

Post a Comment