Thursday, October 7, 2010

~Kenangi sebuah perkenalan dan perpisahan~



Assalamualaikum....sekarg mood agak excited  utk mengarang sesuatu dalam lapangan ini....xtau la kenpa, aku ingin sangat bercerita mengenai kisah seorang sahabat....Dalam sebuah kehidupan ,kita  pasti akan diuji ALLAH, tp hanya  mereka yang beriman, sabar dan redha akan berjaya menhadapi ujian ini. kenapa dalam sebuah persahabatan, perlu ada pergaduhan dan masam muka, sedangkan hal yang kecil di perbesarkan..tidakkah kita rasa bersalah dalam memutuskan tali persaudaraan dan silaturahim yang di tuntut dalam islam, kerana Umat islam adalah bersaudara.. tepuk dada tanya iman, sejauhmana kita menhargai sebuah ikatan persahabatan yang telah kita bina bersama itu kejalan yang di redai ALLAH..?...

Bertemanlah dengan orang yang apabila engkau bercakap dia membenarkan, jika kamu berdua berusaha tentang sesuatu perkara maka dia akan mementingkan urusanmu, dan apabila kamu berselisihan dia mementingkan dirimu”

Bagi aku
kawan bukan satu, tp berjuta..
bukan untuk untuk di guna, tp untuk di jaga
bukan untuk di musuhi tapi di sayangi
bukan untuk sementara, tapi untuk selamanya

bukan untuk di lupa, tp di ingati
bukan untuk di tinggal, tp untuk di rindui
bukan hanya di sini, tp di mana-mana,
bukan setakat ini, tapi hingga hujung nyawa

Ya Allah, 
sentuhlah hati sahabatku ini,
saat dia jauh darimu
peliharalah imannya selalu Ya Allah. 

Doa untuk SAHABAT

Aku menadah tangan berdoa menberitahu Tuhan 
aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan 
seorang sahabat sepertimu kepadaku

Ya ALLAH, 
aku memohon agar engkau sentiasa 
mencurahkan rahmat kepada sahabatku ini
Wahai sahabat aku berjanji 
jika dulu aku adalah sahabatmu,
hari ini aku masih lagi sahabatmu
dan jangan risau mengenai esok 
aku akan sentiasa menjadi sahabatmu
itulah janjiku padamu wahai sahabat dan itulah hadiahku kepadamu... 

Ingatan seorang sahabat kepada sahabat....

 Ramai sahabat yang ketika kita senang,ramai yang datang bertandang,
ketika kita dirundung malang, satu persatu meninggalkan kita

teman sejati adalah teman yang setia tidak hanya di saat kita senang,
tapi juga setia di saat kita susah
carilah teman sejati yang seperti itu, 
insyaAllah kita  akan merasakan indahnya 
persahabatan

teman sejati..
teman sejati adalah teman yang dengan berlapang dada
memaafkan kesalahan orang yang berbuat jahat kepadanya...

Hargailah sebuah persahabatan kerana di sebaliknya tersimpul segala-galanya.
                                  DAN
 kenangilah persahabatn itu walaupun hanya sementara....


No comments:

Post a Comment