Tuesday, October 5, 2010

~erti sebuah persahabatan~

Dalam dunia nie, kita tidak mempunyai sesiapa kecuali diri sendiri..namun kita beruntung sebenarnya mempunyai insan yang bernama sahabat yang menemani kita di saat suka dan duka...itulah yang aku rasai sebenarnya...jika dulu aku mempunyai ramai sahabat dan teman yang menyayangi diri ini, tetapi kini aku rasa kan aku bersendiri..ttp aku x tahu mengapa ini semua yang terjadi.??


adakah di dunia ini ada insan yang bernama sahabat yang sanggup berkongsi segala suka dan duka, bab kata orang jika kita luka, dia akan membalutnya, jika kita sakit, dia lah yang akan merawatnya, jika kita jatuh, dia yang mengangkatnya, jika kita sedih, dialah yang menghiburkannya, namun jika kita kecewa, dialah yang akan memujuknya...itu semua adalah kerana kita amat bererti di matanya..


namun, sebagaimna kita menharapkan kejujuran seorang insan yang bergelar sahabat, begitulah dia sebaliknya. tetapi sebenarnya kita sering lupa apa yang kita lakukan terhadapnya banyak menguris hati dan perasaan sahabat. .kita hanya mementingkan diri kita dan kadang kala mempergunakannya untuk memenuhi harapan dan cita- cita kita. kita tidak memahami perasaannya...kadang kala kita rasa di khianati jika janji tidak ditepati.. dan tidak di beri peluang dia menerangkan keadaan sebenarnya...itu bermakna keegoaan kita terlalu tinggi....


namun itulah lumrah dalam persahabatan yang sering berlaku..dalam mana2 ikatan..Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa SAHABAT kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.


jika di imbas kembali ikatan persahabatan yang terbina, di mulakan dengan sebuah pertemuan, kita berjumpa kerana takdir, kita berkawan kerana kasih dan sayang, kita bersama kerana hati, kita berpisah kerana cita2...


kita kekal kerana kuatnya ukhwah yg terbina,
kita bergaduh juga adalah kerana satu ikatan, tetapi tujuannya hanya satu untuk menuju kejalan ALLAH s.W.T
bukan mudah untuk berkawan, namun bukan mudah untuk kekalkan
bkn mudah untuk kita teruskan dan bukan mudah sebahagia sekarang.
tanpa DIA tak mungkin ikatan ini terjadi, semua orang berharap ikatan ini akan kekal ibarat garisan lurus yang tidak berpenghujung...namun apakan daya kita insan biasa yg tidak dapat lari dari salah dan dosa...


namun jika tiba saat dan waktu sahabat meninggalkan kita, kita harus reda kerana takdir dr maha Esa telah menentukan,,,walaupun sedih rasa hati mengenangkan, kerana kau sahabat, kau teman sejati.


tulus niat dan budimu bagai tiada penganti di dunia ini,
senyum tawamu telah menghiburkan hati, namun memori indah antara kita akan terus bersemadi kerana kau sahabatku, kau teman sejatiku..


walaupun sudah takdirnya kau pergi dulu, walaupun aku masih memerlukanmu..namun apakan daya tuhan lebih menyayangi dirimu ..kuredai dan pasrah ats kehendaknya.


namun perjuangan aku masih jauh beribu batu,..selari roh dan jasad hidup..aku akn teruskn walaupun sedih hatiku mengenangkan mu..kerana terasa semalam kau masih bersama aku.


aku mendoakan agar kau aman dan bahagia berada di sana..di sini ku kirimkan doa dan al FAtihah, semoga di sana kau di tempatkan bersama para solihen...kerana KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATIKU....


belajarlah menjadi sahabat sejati,..walau kita terus di khianati..kerana kemanisan nya dapat di rasai. bukan saja di duniawi malah di akhirat nanti..


rindu dr jauh



Kenangan terindah bersama sahabat STPM 2006/2007 Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok




~ROSMANORA OSMAN ~


aku ingin hidup secerah mentari
yg menyinar di taman hatiku
aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan
aku ingin segala galanya damai
penuh mesra membuah ceria
aku ingin menhapuskan duka dan lara
melerai rindu di dalam dada
sedamai pantai yg memutih
sebersih titisan embunan pagi
dan ukhuwah ini pasti berputik
menhiasi taman kasih yang harmoni
seharum kasturi
seindah pelangi segala nya bermula di sini seharum kasturi
seindah pelangi segalanya bermula di hati...

1 comment:

  1. teringt balik kengan bersama kawan2 dulu.berpisah kerana cita2.klu boleh nak je dok di alam persekolahan untuk selamanya.best dapat kawan2

    ReplyDelete