Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan kita seorang insan yang bernama manusia.Pengorbanan seorang ibu,pengorbanan seorang ayah dan lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan anak-anak.Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar dilupakan.Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara.
Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu.Bapa kita telah membesarkan kita,dia telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran kehidupan.Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita.Sebagai anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan,walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak mereka.Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita.
secara tak sengaja...terdengar lagu ayah nyanyian kump.ae man..tetiba jadi sedih plak malam2 nie..sayu sngt..tetiba teringat ayah aku yg bnyak sebenarnya pengorbanan yg dier lakukan tuk besarkn aku..(emo plak) sampai berjaya dan sihat seperti hari ini...xpenah nyesal dpt ayah cam En osman, malah bersyukur sesngt.. sebenarnya dier sayng kiter, tp dier x tunjuk kasih sayang dier..kan2..so aku tujukan lagu nie tuk En Osman..
.
P/s: Bagi yang masih ada ayah.. ambillah kesempatan yang ada ni untuk menggembirakannya dan untuk mereka yang telah kehilangan ayah adalah belum terlambat untuk melaksanakan apa sahaja yang perlu bagi kesejateraannya di sana… Beliau dah laksanakan tugas sebagai seorang ayah dan kini giliran kita tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.. Anak soleh..
AYAH : AEMAN
Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati
rosmah, kite xle dgar lagu ni taw... memang automatik air mata mengalir dgan derasye... uhuhuhu...
ReplyDeletezuha, tau xpe an2..cdeh sngt...
ReplyDeletemampu membuatkan air mata ini mengalir.love u ayah
ReplyDelete