Thursday, March 31, 2011

1 april not April fool (╯_╰)

1 april 2011-merupakan salah satu tarikh kermat yg akn di ingati mungkin olh diri ini....1 april bukn april fool or whatever, tp merupakan hari terakhir aku berkuliah sebagai seorg pelajar universiti....3 tahun Di UKM adalah satu impian menjadi kenyataan...dan pengalaman pahit manis yang di timba dalam medan perjuangan menuntut ilmu akn di jdkn sebagai sempadan dan cabaran masa hadapan....

cedih..mungkin itu yg blh di gambarkan,..tp ini lah realiti kehidupan alam....setiap pertemuan pasti ada perpisahan..setiap perpisahan ada hikmah di sebaliknya....to semua budak2 sains politik UKM tahun 3 2010/1011....gud luck frend forever..kerana menceriakan hari2 kita bersama...hahhahah..mungkin pas nie kite dah x jumpa..tp insya Allah anda semua akan di kenang sampai bila2....jadikan pengalaman anda selama 3 tahun di sini sebagai sempadan untuk kita berjaya di luar sana...keep in touch....

p/s: kenangi persahabatan kita walau hanya sementara...¸,¤°´'`°•.¸¸.•°´'`°¤,





Made in KOREA...

wah....dah lame asenya x tulis something lam n...rindu sngt nk tulis..tp biasalah bz memanjang....yela...skunk dah hujung sem dah..pas n final exm....and then x sabo rasenya nk memulakan langkah LI...huhuhuhu...
skunk aku tengah bertungkus lumus menyiapkan Bab 4 tuk tesis aku...lau x siap menda tu..jwbnya xleh graad la aku...x nk...nk habiskan jugak....skunk masa tuk strugglekan kerja2 sekolah nie semua...serabut otak weh..tp nk wat camne adab orang menuntut ilmu....

apa pon..xkan nk ngadap tesis je kotkan...sampai x tido...so, aku buang ckit masa tuk lepaskan gian berblog...hahhahha..

sbnrnya x de pe nk citer pon ...sesaja....td aku dah kemas barang...tuk wat balik kg..ye la sem depan dah x duk cnie..yahoooo....x yah la lagi nk ngdap buku2 yang berfaedah...pas nie buleh kosongkan fikiran kejap and pas nie leh keje dah.....pas keje nk plak kawen...jawabnya kena tugu org masuk meminang...huhuhuhu..

tgh aku kemas2 barang, aku terjumpa CD and DVD  yg aku copy mencopy citer dr first year- third year...
dalam bnyak2 DVD tu..semua DVD citer korea..aku pong xtau bila mase aku tgok tu semua..(hahhaade jugak yg citer ulang tayang sampai 4,5 kali...coz hero yg hensome and heroin yg montop..jalan citer pon best...so aku nk listkan citer/drama korea yg aku tonton dr first year-hujung third year..huuhhu( skunk berhenti seketika bg laluan pd kerja-kerja yg x ciap)

 tetiba ketidak percayaan menguasai diri ini.....huhuuuhu..lebih kot 50 cerita korea yg ak dah tonton...mai kita saksikan  antaranya.....♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

  1. 101st Proposal (SBS)
  2. 90 Days, Falling in Love Days
  3. All About Eve
  4. Boys Before Flowers
  5. Couple Or Trouble  ✰✰✰✰✰
  6. Cinderella's Sister    ✰✰✰✰✰
  7. Delightful Girl Choon-Hyang  ✰✰✰✰✰
  8. Don't Ask Me About The Past
  9. Full House
  10. Goong
  11. Goong S
  12. He Who Can't Marry
  13. IRIS    ✰✰✰✰✰
  14. It's Okay, Daddy's Girl
  15. Lovers in Paris
  16. Love Story In Harvard
  17. Mary Stayed Out All Night
  18. Mr Goodbye
  19. Ms. Kim's Million Dollar Quest
  20. My Girl             ✰✰✰                       
  21. My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox
  22. My Name is Kim Sam Soon
  23. My Princess 
  24. Oh! My Lady
  25. Only You
  26. Phoenix
  27. Personal Preference
  28. Romance (MBC)
  29. Save The Last Dance For Me
  30. Sad Love Song
  31. Secret Garden
  32. Shining Inheritance
  33. Snow In August
  34. Spring Waltz      ✰✰✰✰✰
  35. Stained Glass
  36. Stairway To Heaven
  37. Tell Me You Love Me
  38. Sweet 18
  39. The 1st Shop of Coffee Prince
  40. What Star Did You Come From
  41. Will It Snow For Christmas?    ✰✰✰✰✰ 
  42. Winter Sonata
  43. Wonderful Life
  44. You're Beautiful
  45. Take Care of the Young Lady
  46. 1% of Anything
  47. Hello! Miss
  48. I'm Sorry, I Love You
  49. Three Dads One Mom
  50. We Are Dating Now
  51. Wedding
  52. Mischievous Kiss.
  53. Loving You


♥☛    Jangan salah faham tau..just nk kogsi jek  ..
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫

Saturday, February 26, 2011

~Bersederhana dalam membenci~

Setiap daripada kita berada antara dua macam manusia,iaitu kekasih yang mencintai dan musuh yang membenci.

syaidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: ''cintailah kekasihmu sekadar sahaja, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.  Dan bencilah musuhmu sekadar sahaja, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu nanti''.

 Islam bukan sahaja mengajar etika berkawan, malah ia juga mengajar kita etika untuk berlawan, prinsip asas yang menjadi asas kedua-dua etika ini adalah 'keadilan'. islam melarang kita dalam bercinta, dan membenci sehingga membutakan mata kita dari melihat kebenaran.
apabila kebencian kita kepada seseorang melampaui batas, kita akan hidup dalam psikologi yang amat menyiksakan. setiap kali kita melihat orang yang kita benci melakukan sesuatu atau mengucapkan sesuatu, kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik.
kita tidak dapat menerima kenyataan bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil apa pun, kita tidak boleh  mnerima kelebihan org itu, selepas itu, kita akan sibuk membuka aib dan keburukan  org itu untuk menutup mata semua org drpad melihat kebaikan orang itu.

seringkali seseorang itu tidak tahu punca ia membenci seseorg, dia hanya merasakan benci, apabila melihat atau mendengar suara org itu. namun, jika di tanya  sebab kebencian, ia tidak dapat menjawab dengan jelas dan meyakinkan.

sikap membenci tanpa sebab, sangat jauh dr prinsip keadilan, bahkan, org sepertinya sedg mendera jiwanya sendiri. ada juga org yg membenci kerana ikut-ikutan. seringkali kebencian kita jauh lebih besar daripada sebab. perkara yg remeh berubah menjadi konflik yang berpanjangan kerana ego kita.  kita enggan mengalah dan bertolak ansur , padahal ini sangat di tuntut dalam agama.
orang yang lebih dulu bertolak ansur dan saling bermaafan antara satu sama lain dalam persengketaan petanda kebenaran berada di pihak benar. Rasullulah S.A.W bersabda yg bermaksud, tidak halal bagi seorg muslim menjauhi saudaranya lebih dr tiga hari. kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling antara satu sama lain. org yang terbaik antara kedua-duanya adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam.

p/s: bersederhana dalam membenci, agar tidak melukai hati orang lain...kerana dia juga berhak untuk rasa bahagia, kerana semua manusia di dunia sama,.tiada yang sempurna...




tembak menembak

tarikh: 26 februari 2011
tempat: Ibu Pejabat Kontinjen melaka.
lapang sasar terbuka IPK melaka.

aktiviti menembak yang last bersama suksis, pas nie rindu nk tembak lagi....cerita ckit mengenai aktiviti menembak nie. sebelum n dah 2 kali menembak, kira dah de pengalaman la kan...tp 2 kali tu mesti x kena sasaran....markah pon ckit jek...
tp, tuk last nie, macam x caya banyak yang kena....alhamdulillah..lagi pon tu impian ak..last nk wat yg tembaik...so dapat gak..buktikan kebolehan walaupun x banyak an...and x terer sngat pon....huhuhuhu
p/s: tq banyak2 kpd mereka , kawan2 yang banyak bg support....and jurulatih aku kali nie cik alpenzy...huuhuhuhu..thnks alot...






minggu menderma darah

tarikh : 25 februari 2011
hari: jumaat, 12.30 tgh hari

selama 23 tahun bernyawa, first time dalam idup,  hari ini terpanggil untuk melakukan sedikit amal kebajikan...sebelum nie tersangat takut untuk menderma darah.....tp alhamdulillah aku kuatkan jugak hati tuk menderma darah...excited giler....aku salah seorang insan yang tergolong dalam kumpulan darah B....best....pas nie klau ade rezeki dan di panjangkan umor nk jadi perderma lagi....ok..
p/s: jangan takut menderma apa yg di anugerahkan Allah untuk kiter...mungkin setitik darah kita boleh menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan....



Wednesday, February 16, 2011

AKU Inginkan SEPERTI ini..


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
p/s: sekadar kongsi...from - Artikel iluvislam.com