Wednesday, December 29, 2010

~Tak Boleh Lupa~...

Malam yang sepi...hanya terdengar riuh rendah dari jauh..bersorak riang menonton bola sepak piala AFF suzuki...MALAYSIA vs INDON....harap2 malaysia menang...malaysia memang boleh, boleh, boleh....

ape lagi duk kat bilik jew nie hah..bosan..boring tension tesis...semua de....kahkahakah....tp  tetiba terdengar dengar lagu siti nurhaliza" tak boleh lupa"...best lagu nie...mendayu2..syahdu..terkenang kenangan lama...huhuhu...layan jewwwwww....

Lirik Tak Boleh Lupa - Siti Nurhaliza

Sewaktu mula bertemu dulu
Ku anggap kau hanya kawan
Tetapi bila sudah mesra

Berputiknya rasa sayang

Pabila kita tidak bertemu
Terasa rindu di kalbu
Akhirnya kita menyedari
Yang kita sudah jatuh cinta

Di awal percintaan
Sungguh indah
Kau bersumpah depanku bahawa
Kau kan tetap setia dengan ku
Kini mengapa kau lukai hatiku
Di mana kah sayang oh janjimu
Ku berdoa semoga hatimu masih sayang
Dan tak lagi mengguris hatiku

Pabila kita tidak bertemu
Terasa rindu di kalbu
Akhirnya kita menyedari
Yang kita sudah jatuh cinta

Di awal percintaan
Sungguh indah
Kau bersumpah depanku bahawa
Kau kan tetap setia dengan ku
Kini mengapa kau lukai hatiku
Di mana kah sayang oh janjimu
Ku berdoa semoga hatimu masih sayang
Dan tak lagi mengguris hatiku

Demi kerana aku cinta padamu
Relanya hatiku memaafkan
Sudah adat bercinta ada pahit dan manis
tetapi jangan sampai terpisah
2x (Selagi di hati
Masih cinta dan rindu
Selama itulah ku setia
Tak gunanya berpisah jika sudah suratan
Di antara kita tidakkan lupa)




Sunday, December 26, 2010

SEHARIAN DI BERJAYA TIMES SQURE

tarikh: 24 disember 2010     masa: 7 pg-7 malam...

sempena cuti umum chrismas 2010 nie...aku dan 2 sahabat satu suksis ku...sape lagi kalo bukan wanie dan lala...mengambil kesempatan untuk berjalan2 sambil membuat "soul terapy"..awal sem dan sempena kemasukan P...N la katakan.(dah jadi lumrah setiap pelajar u  di awal sem) ..kitaorang plan nk g bukit bintang, teruja nk g pivilion, bab belum nie x penah g  , nak g plaza sungai wang la...tp tut2 bila sampai stesen imbi...kita orang terus menghala ke Berjaya Times Square....lagi pon tu jew yg mampu bab shopping complex la x kenal sngat kat KL nie..



 so, nak citerla apa yang jadi hari ini, sepanjang perjalanan kami yang mengambil masa selama 12 jam...bersiar2 di kuala Lumpur. hari ini seharian kitaorang kuar..dari 7 pagi sampai 7 malam..first sekali sampai KL sentaral..yang sedihnya, bila sampai jew sana...perut plak rase lapor nie...cari2 tempat makan yang jual nasi lemak xde pon....yang ade hanyalah Mc D...tu pon ramai giler manusia beratur...lagi pon kitaorang xpenah pon before nie brekfest dengan Mc d...hohohoho...tp dah xde pilihan terpaksa la kan...tu pon alhamdulillah.. kenyang jugak...so...kita bertiga telah memilih Sausage McMuffin with Egg + tea.....


alhamdulillah, pas perut kenyang menuju ke monorial tuk ke imbi...sampai jalan imbi , tak tau camne nak g pavillion..ye la, x penah g pon, cuma dengar name...so, tak tau nk g mane g jew la berjaya times squre...lagi pon kat depan stesen monorial jew...walaupun dah 2 kali g berjaya times squre...lagipun berjaya times squre nie xde la mahal sangat barang2 dier...x macam pavilion dan KLCC..barangnya mahal2...kitaorang sampai masa tu, pintu x bukak lagi..tengok jam belum lagi kul 10 pagi, patut la....em,..kitaorang tunggu jew la kat depan tu....
berjaya times squre memang best.....ade la jugak shopping 1,2 barang...huhuhuhu..so layan jew la gambar2 sepanjang kitaorang duk dalam tu....





MERRY CHRISTMAS







Monday, December 20, 2010

bermula sem baru, sem terakhir di tahun akhir...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saat ini, detik dan waktu ini masih lagi memanjangkan nyawa dan umurku...
Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan "SALAM MAAL HIJRAH KEPADA SAHABAT YANG MENGENALI AKU, MOHON TAHUN INI KITA AKAN MENDAPAT LEBIH  RAHMAT DAN KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T...bagi aku tahun sebelumnya agar kurang memberansangkan dalam hidup aku..kerana pelbagai masalah yang timbul antara masalah belajar, masalah dengan kawan, kawan, masalah dengan keluarga, masalah duit dan sewaktu dgnnya.hakikat insan memang tak dapat lari dari masalah..tapi alhamdulillah dengan izin ALLAh masalah ini dapat di atasi walaupun tidak sepenuhnya....Tidak mengapa, rezeki Allah ada di mana2...jika tahun ini kurang memberangsangkan, kita cuba pula di tahun2 akan datang...yang penting jangan putus asa dan cepat mengalah.


sedar tak sedar, aku sekarang berada di sem yang terakhir, tahun akhir..tapi x semestinya hidup aku akan berakhir kat cnie..banyak lagi cabaran yang aku kena tempuhi di luar sana...emmm..cepat nyer masa berlalu...terasa masih belum puas lagi meniti alam remaja...dan alam yang bergelar pelajar...alam berkawan..dan di panggil jugak alam kebebasan...tapi x pe...aku percaya setiap yang di tetapkan untuk kita adalah yang sebaik2nya..jika kita terus mensyukuri nikmat ALLAH...
so, kalau dah nama tahun baru...x meriah dan tak bermakna kalau x pasang azam dan impian....x terkecuali aku...tuk tahun nie impian aku adalah untuk menamatkan pengajian dalam bidang sains politik dengan jayanya..tanpa ada sebarang gangguan samada emosi dan fizikal...dan yang kedua, aku nak kumpul duit banyak2 tuk something yang aku inginkan dari dulu lagi....tapi masih lagi bersabar hingga sekarang...kerana perjalanan kita masih panjang selagi kita tidak di Jemput oleh sang pencipta..oleh itu, insya Allah aku akan gunakan kesempatan yang ada untuk kebaikan buat diri aku, keluarga,dan agama islam..sebelum segalanya terlepas dari genggaman kite...
bagi aku secaraperibadi, sempena tahun baru maal hijrah nie,aku harus bermuhasabah diri...aku harus mendisiplinkan diri untuk lebih baik daripada tahun sebelumnya...kerana aku tak mahu menjadi orang yang rugi dan akan menyesali hidup ini....



Hanya sekadar impian untuk mengapai" BINTANG"

SEMALAM YANG KITA LALUI, HARI INI YANG SEDANG KITA LALUI, DAN ESOK YANG BAKAL KITA TEMPUHI. WALAUPUN APA YANG KITA LALUI ITU BAIK ATAU SEBALIKNYA SUDAH TIDAK BOLEH DI ULANG..KERANA SEGALANYA TELAH BERLALU DAN TIDAK MUNGKIN DI UNDUR KEMBALI....


SALAM MAAL HIJRAH ~ SEMOGA KITA TERUS MENJADI HAMBA ALLAH YANG SENTIASA BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG DI BERIKAN KEPADA KITA....

Tuesday, November 9, 2010

~layan korea after exm~Briliant lagecy..


Shining Inheritance/ Briliant Lagecy

wow...best giler citer nie!!!!sudah menjadi hobi yg x dpt di elakkan iaitu menonton drama SI korea..hahaha..kenapa??aku pon x tau.....jom tengok jgn x tengok....and one song in this story very sad...sangat menyentuh hati...layannnzz jewwww laa...


                                                                
Love is Punishment ( 사랑은 벌이다  ) by K Will


 ( neoreul bojimalgeol geuraesseo )
 dareun sesangeseo salgeoseul )
( geujeo moreuneun sarameuro sandamyeo
( ireon apeumttawineun mollasseulteni.. ) 

maeil maeil neoreul jiugo )
 ( maeil maeil neoreul beoryeodo ) 
 ( naemameun imi neoreul kkok sumginchae ) 
 ( nohajuji anha sarangira bureumyeo.. )

( sarangeun haengbogira mitgo isseonneunde )
 (malmotaneun sarangeun haneuri jun beorilppuniya )
 ( neoman saranghamyeon mami jeoryeoseo )
( nunmulman humchimyeo saraganikka.. )

( neo ireoneun beoreul ijeosseo )
 ( ibeurodo neoreul ijeosseo ) 
 ( gakkeumssik sure chwihae
( naesarangeul malhaebeoril geot gata )
 ( geuge geobi nal ppunya.. )


sarangeun haengbogira mitgo isseonneunde )
 ( malmotaneun sarangeun haneuri jun beorilppuniya )
 ( neoman saranghamyeon mami jeoryeoseo ) 
( nunmulman humchimyeo saraganikka.. )



( kkumeseo sarangeul halkka ) 
 ( ulgo tto uldaga jichyeoseo ) 
 ( jami deureo bojiman ) 
 ( kkaego namyeon haruga neul ttokgateunde.. ) 


neol saranghae ireoke saranghago isseo ) 
(niga eomneun goseseo nammollae sarangeul malhaebwa )
( hoksi niga deutgo daranalkkabwa )
( amudo moreuge saranghajanha… )



Sunday, October 31, 2010

~WaHai HaTI~

Salam....Alhamdulillah syukur pada Allah kerana masih memberi pelung utk diri ini terus  mencoretkan laman milikku teristimewa ini...al maklumlah...exam memanjang..so bz ckitkan..jadi ptg nie free ckit sbb esok exm ESS...x yah menhafal bnyak cam paper2 wajib major ku....apa lagi..teruslah menyelongkar apa yg ada dalam teknologi yang hanya di hujung jari nie...tetiba terbuka satu blog yang cukup menyentuh hati...indah sungguh coretannya...membuatkan hati ini terharu...dan alhamdulilah...subhanallah...besarnya kuasa mu Ya ALLAh.betapa sayu membaca artikel ini. bila di fikirkan balik, betapa banyak yang belum di persiapkan untuk menghadapi setiap ketetapan ALLAH. di sini ku paparkan apa yang di coretkan oleh puteri perak ....sekadar berkongsi ilmu anda...


Wahai Hati

WAHAI HATI…..DENGARLAH…..

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya.  Bukankah ini yang dinamakan iman…………
Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’
Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.
Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’
Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….

Thursday, October 21, 2010

~Di mana cantiknya seorang wanita~

Sambil terbelek2 something yang boleh manghilangkan kebosonan minda....terbacalah sesuatu yang cukup indah untuk di hayati oleh kaum wanita~ sekadar berkongsi cerita dan nasihat sesama insan yang bergelar wanita termasuk diri ini.....di manakah cantiknya seorang wanita..jom..kita hayati  bersama..




Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."
wanita sejati adalah wanita yang tahu menjaga diri.....

Wednesday, October 20, 2010

RABI'AH AL ADAWIYAH Perindu Cinta Allah

Sambil pusing2 di metro kajang...my friend  ingin ke sebuah kedai buku kerana ingin mencari bahan untuk membuat tesis... sambil membelek2 buku mana yang menarik tetiba mataku terpandang sebuah buku  novel sejarah srikandi islam "Rabiatul Adauwiah" perindu cinta Abadi yang di tulis oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi. di mana rabiatul adauwiah seorang wanita yang di angkat tarafnya menjadi wali. dan bagaimana cinta hatinya tidak mampu di miliki oleh mana 2 lelaki . kerana cinta nya kekal hanya untuk pencipta Nya...jadi di sini sedikit tentang cerita dari buku ini...untuk kita hayati sejarah wanita yang terlalu rindu cinta ALLAH..


Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.


Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
 
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
 
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”
 
Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
 
Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
 
Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:


“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
 
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
 
Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
 
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
 
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin! 
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”
 
Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:


“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”
 
Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.