Monday, December 20, 2010

bermula sem baru, sem terakhir di tahun akhir...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saat ini, detik dan waktu ini masih lagi memanjangkan nyawa dan umurku...
Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan "SALAM MAAL HIJRAH KEPADA SAHABAT YANG MENGENALI AKU, MOHON TAHUN INI KITA AKAN MENDAPAT LEBIH  RAHMAT DAN KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T...bagi aku tahun sebelumnya agar kurang memberansangkan dalam hidup aku..kerana pelbagai masalah yang timbul antara masalah belajar, masalah dengan kawan, kawan, masalah dengan keluarga, masalah duit dan sewaktu dgnnya.hakikat insan memang tak dapat lari dari masalah..tapi alhamdulillah dengan izin ALLAh masalah ini dapat di atasi walaupun tidak sepenuhnya....Tidak mengapa, rezeki Allah ada di mana2...jika tahun ini kurang memberangsangkan, kita cuba pula di tahun2 akan datang...yang penting jangan putus asa dan cepat mengalah.


sedar tak sedar, aku sekarang berada di sem yang terakhir, tahun akhir..tapi x semestinya hidup aku akan berakhir kat cnie..banyak lagi cabaran yang aku kena tempuhi di luar sana...emmm..cepat nyer masa berlalu...terasa masih belum puas lagi meniti alam remaja...dan alam yang bergelar pelajar...alam berkawan..dan di panggil jugak alam kebebasan...tapi x pe...aku percaya setiap yang di tetapkan untuk kita adalah yang sebaik2nya..jika kita terus mensyukuri nikmat ALLAH...
so, kalau dah nama tahun baru...x meriah dan tak bermakna kalau x pasang azam dan impian....x terkecuali aku...tuk tahun nie impian aku adalah untuk menamatkan pengajian dalam bidang sains politik dengan jayanya..tanpa ada sebarang gangguan samada emosi dan fizikal...dan yang kedua, aku nak kumpul duit banyak2 tuk something yang aku inginkan dari dulu lagi....tapi masih lagi bersabar hingga sekarang...kerana perjalanan kita masih panjang selagi kita tidak di Jemput oleh sang pencipta..oleh itu, insya Allah aku akan gunakan kesempatan yang ada untuk kebaikan buat diri aku, keluarga,dan agama islam..sebelum segalanya terlepas dari genggaman kite...
bagi aku secaraperibadi, sempena tahun baru maal hijrah nie,aku harus bermuhasabah diri...aku harus mendisiplinkan diri untuk lebih baik daripada tahun sebelumnya...kerana aku tak mahu menjadi orang yang rugi dan akan menyesali hidup ini....



Hanya sekadar impian untuk mengapai" BINTANG"

SEMALAM YANG KITA LALUI, HARI INI YANG SEDANG KITA LALUI, DAN ESOK YANG BAKAL KITA TEMPUHI. WALAUPUN APA YANG KITA LALUI ITU BAIK ATAU SEBALIKNYA SUDAH TIDAK BOLEH DI ULANG..KERANA SEGALANYA TELAH BERLALU DAN TIDAK MUNGKIN DI UNDUR KEMBALI....


SALAM MAAL HIJRAH ~ SEMOGA KITA TERUS MENJADI HAMBA ALLAH YANG SENTIASA BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG DI BERIKAN KEPADA KITA....

No comments:

Post a Comment