Saturday, October 9, 2010

LoVE My MoTHeR


Bersandarkan kepada sebuah hadith:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم

Maksudnya:
Abu Hurairah telah berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku layan dengan baik seperti seorang sahabat?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian ayahmu."

(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)


Jasa seorang ibu.....
  • Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sukar dinilai dengan wang ringgit ataupun harta benda..
  • Kadang-kadang pergorbanan seseorang ibu itu sangatlah tinggi tanpa mengambil kira  nyawa sendiri supaya anaknya dapat hidup ke dunia ini.
  • Bagi aku, ibu adalah seorang yg istimewa dalam hidup kita....dan ibu x dpt di tukar ganti dgn wang ringgit kerana jasa, pengorbanan dan kasih sayang nya terhadapku dari kecil hinggalah dewasa x mampu di balas walaupun aku menjadi insan yang berjaya satu hari nanti...
  • kerana setiap apa yang di lakukan adalah untuk kita sepenuhnya.....kerana apabila kita sakit, dialah yang merawatnya, apabila kita terluka, dialah yang mebalutnya, apabila kita terjatuh dialah yang megangkatnya, apabila kita lupa dialah yang mengingatkan...pengorbanannya tidak terbalas....
  • oleh itu, aku berjanji pada diri aku...agar satu hari nanti aku akn bisa membalas jasanya...walaupun jasanya tidak dapat di nilai dgn wang ringgit....
Benarlah kata-kata pujangga, “Orang yang baik itu LAHIRNYA DISYUKURI, ADANYA DISENANGI, HADIRNYA DINANTI dan MATINYA DITANGISI.”

For me, my mother, my father  & familay  are so much important people in my life ..

Teristimewa buat mak dan ayah tercinta


PN.HASMAH ISMAIL & EN OSMAN OMAR



Dorongan dan doa restumu menjadi perangsang untukku meraih kejayaan, setinggi penghargaan untukmu atas segala jasa dan pengorbanan...


Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biar pun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biar pun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
BY aeman~ buatmu IBU

Insya ALLAH, ku akan menjagamu di bangun dan tidurmu, di setiap mimpi dan nyatamu...

1 comment: