Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Sunday, October 31, 2010
Thursday, October 21, 2010
~Di mana cantiknya seorang wanita~
Sambil terbelek2 something yang boleh manghilangkan kebosonan minda....terbacalah sesuatu yang cukup indah untuk di hayati oleh kaum wanita~ sekadar berkongsi cerita dan nasihat sesama insan yang bergelar wanita termasuk diri ini.....di manakah cantiknya seorang wanita..jom..kita hayati bersama..
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."
wanita sejati adalah wanita yang tahu menjaga diri.....
Wednesday, October 20, 2010
RABI'AH AL ADAWIYAH Perindu Cinta Allah
Sambil pusing2 di metro kajang...my friend ingin ke sebuah kedai buku kerana ingin mencari bahan untuk membuat tesis... sambil membelek2 buku mana yang menarik tetiba mataku terpandang sebuah buku novel sejarah srikandi islam "Rabiatul Adauwiah" perindu cinta Abadi yang di tulis oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi. di mana rabiatul adauwiah seorang wanita yang di angkat tarafnya menjadi wali. dan bagaimana cinta hatinya tidak mampu di miliki oleh mana 2 lelaki . kerana cinta nya kekal hanya untuk pencipta Nya...jadi di sini sedikit tentang cerita dari buku ini...untuk kita hayati sejarah wanita yang terlalu rindu cinta ALLAH..
Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.
Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.
Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.
Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”
Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”
Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:
“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”
Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.
~HaNYa AwAK YAnG TerINDah~
12/10/2010~ selasa~ 10.03 mlm..
malam nie tetiba terasa rindu pada seseorang yang jauh di mata, dan sekrg nie sudah jauh di hati.....hehehheeh...i dont know why la....tp ak yakin tu sebenarnya salah satu ujian dari ALLAH untuk umatnya....so,,,sabar yer hati!!!
orang bijak ade kate, " berhati-hati terhadap cinta. Durinya adalah nafsu dan mawarnya adalah kesucian. berapa banyak manusia yang telah mencium harumnya mawar, padahal mereka tidak menyedari mereka sebenarnya tertusuk duri cinta. Namun cinta sejati ialah cinta yang bisa menghulurkan tangan untuk memetik mawar tanpa tertusuk durinya"......
Allah telah mengingatikan kita akan tujuan sebuah kehidupan dalam takdir yang telah di tentukan _Nya. Kita boleh mencintai sesiapa saja, tetapi Allahla yang memutuskan dengan siapa kita terikat. Kita boleh mengharap sesiapa sahaja mencintai kita, tetapi samada dier mencintai kita atau tidak juga atas keputusan dan ketetapan Allah untuk Umatnya....
larilah hingga ke hujung dunia, menyelamlah hingga ke dasar lautan, terbanglah hingga langit ke 7 sekalipun, kalau sudah jodoh pasti bersatu jua.....bestkan kata2 dr sebuah novel ' sepupuku suamiku'....
namun, cinta ini juga cukup aneh.. hnya pencinta sejati sahaja yang dapat melihat apa yang bersemi di hati mereka. namun jika badai cinta berlaku, cinta memang memerlukan pengorbanan, jika seseorang yang mempertahankan cinta terkorban sekali pon. namun, cinta akan terus hidup dan mekar di sanubari ini.
CINTA...Allah metakdirkan setiap manusia hidup berpasangan, dan saling mencintai, lelaki dan wanita merupakan asas kepada rumahtangga, cinta adalah suci kerana ia hadir dari maha esa. dan cinta di tanam dalam diri setiap makhluk.
buat kekasih hatiku....andai ini takdir dari yang maha esa kita tidak dapat hidup bersama, lari la ke hujung dunia sekali pon...aku x akan mengejar engkau satu langkah pun...andai engkau menyelam ke lautan dalam...aku tak akan sekali-kali berenang, ..andai engkau terbang tinggi di awan sekalipun...aku tidak akan mengekorimu walaupun sejengkal..kerana memang tiada jodoh kita....tetapi kini, engkau sudah menjadi milik orang, aku hanya bisa melihat dari jauh...andai inilah bisa membuatkan engkau bahagia..teruskanlah....walaupun aku sendiri..namun aku pasti setiap insan yang hidup telah di tetapkan jodoh, pertemuan, ajal dan maut seseorang sejak azali...oleh itu, aku mampu berdoa agar engkau bahagia bersama orang yang tersayang...walaupun..kita tidak bersama, tetapi kenangan bersama 4 tahun yang lalu mampu menjadikan kenangan yang terindah dalam hidup kita....
Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.
so, tetiba terlayan lagu nie...bezt giler.....
Tajuk/Lirik Lagu: Di Sebalik Rahsia Cinta
Artis/Penyanyi: Metropolitan
Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan…
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Saturday, October 9, 2010
LoVE My MoTHeR
Bersandarkan kepada sebuah hadith:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم
Maksudnya:
Abu Hurairah telah berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku layan dengan baik seperti seorang sahabat?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian ayahmu."
(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
Jasa seorang ibu.....
- Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sukar dinilai dengan wang ringgit ataupun harta benda..
- Kadang-kadang pergorbanan seseorang ibu itu sangatlah tinggi tanpa mengambil kira nyawa sendiri supaya anaknya dapat hidup ke dunia ini.
- Bagi aku, ibu adalah seorang yg istimewa dalam hidup kita....dan ibu x dpt di tukar ganti dgn wang ringgit kerana jasa, pengorbanan dan kasih sayang nya terhadapku dari kecil hinggalah dewasa x mampu di balas walaupun aku menjadi insan yang berjaya satu hari nanti...
- kerana setiap apa yang di lakukan adalah untuk kita sepenuhnya.....kerana apabila kita sakit, dialah yang merawatnya, apabila kita terluka, dialah yang mebalutnya, apabila kita terjatuh dialah yang megangkatnya, apabila kita lupa dialah yang mengingatkan...pengorbanannya tidak terbalas....
- oleh itu, aku berjanji pada diri aku...agar satu hari nanti aku akn bisa membalas jasanya...walaupun jasanya tidak dapat di nilai dgn wang ringgit....
Benarlah kata-kata pujangga, “Orang yang baik itu LAHIRNYA DISYUKURI, ADANYA DISENANGI, HADIRNYA DINANTI dan MATINYA DITANGISI.”
Teristimewa buat mak dan ayah tercinta
PN.HASMAH ISMAIL & EN OSMAN OMAR
Dorongan dan doa restumu menjadi perangsang untukku meraih kejayaan, setinggi penghargaan untukmu atas segala jasa dan pengorbanan...
Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biar pun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biar pun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

BY aeman~ buatmu IBU
Insya ALLAH, ku akan menjagamu di bangun dan tidurmu, di setiap mimpi dan nyatamu...
~SUKSIS sukses~
Jumaat, 8/10/2010
8.00-12.00malam
assalamualaikum dan salam sejahtera.....
I want to be a policewomen!!!!wow
Sedar x sedar, rupanya dah nk masuk tiga tahun aku bersama kor sukarelawan polis siswa siswi ukm...
.( SUKSIS) so, selama 2 tahun setengah nie....banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang bergelar sukarelawan polis nie....macam2 la....mengimbas kembali penlibatan aku dalam ko-ke nie , seriously, aku x minat aktiviti yg lasak cam gnie..tp di sebabkan oleh MONEY, ak relakan jugak...huhuhuhu..bkn pe sekurg2nya blh gak tampung perbelanjaan makan dan minum kat cnie kan....yang paling best sekali, kami dah macam satu keluarga dah,..bab kata org cubit peha kiri peha kan pun terasa gak....dgn suksis gak aku dapat ramai kawan....bukn apa, semua yg kita lakukan dalam suksis nie...kitaorg buat sama2....tu yg dah macam adik beradik nie...
apa yg best, selain berkawad kitaorg dapat melancong ke negeri2 dan tempat2 menarik kat malaysia nie...bermula dgn kursus PGA, kita org di ulu kinta, perak, kursus kepimpinan di langkawi, kursus etika di ulu yam, kursus orientasi di ulu bendul, di putrajaya dan sebagainya...mmg best giler ah...walau badan sakit...tp sebenarnya pengalaman tu yang amat berharga..dan org yang x bersama suksis jew yg xkan rasa pengalaman cam gtu kan.....
Kor-SUKSIS menggariskan beberapa objektif penubuhan. Di antaranya ialah:

- Memperkenalkan profesyen kepolisan yang menjanjikan kerjaya manarik dan mencabar.
- Memberikan pendedahan berkenaan bidang undang-undang dan penguatkuasaan.
- Menerapkan nilai disiplin kepolisan yang tinggi.
- Mewujudkan kesedaran sivik dan sikap tanggungjawab terhadap agama, bangsa, dan negara.
- Membentuk kekuataan fizikal dan mental sekaligus personaliti yang cemerlang.
- Mengimbangi pembentukan jasmani, emosi, rohani, dan intelek sesuai dengan kehendak semasa.
Suksis UKM akan terus di hati, walaupun kita org dah x bersama nanti..kerana suksis telah berjaya mendisiplin diri ini menjadi seorang yang berpesonaliti....tq for jurulatih dan pengawai suksis UKM 2008-2010 kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami skuad 1 suksis ukm...jasa dan bakti anda tidak terbalas...
So, hari ini...8/10/2010...kitaorang ade sambutan aidilfitri kor suksis~ ini adalah kali terakhir skuad kitaorg sambut raya sebagai anggota suksis....kitaorg apa lagi menghabiskan segala-galanya di sini serta bersuka ria sepanjang program dgn nyanyian dan lakonan....memang best sesangat....
wif hadiah yg di menangi!!!!!
tp yang yang paling best ialah, aturcara yang last sekali la...alhamdulillah...x sangka dpt anugerah puteri syawal...huhuhuhu....walaupun...ape2 jew lahkan..so...rasa terharu gak la..bukan selalu dpt anugerah cam tu...so, thnks a lot tuk sape yg pilih i tu sbgai penerima anugerah and title semalam.....sebenarnya sekuntum bunga Blackrose tu yang memberi tuah kot....emmmm...after that, ramai yg nk pinjam black rose tu,...huhuhu..ape2 pon time kasih kps mecksiem shop..menjadi penaja dan perunding imej ku tuk malam tu.....k...hadiah yang i dpt crown and kristal....wowkan...walaupun......
so, satu pengalaman yang x dpt di lupakan apabila di mahkotakan.....dan di pakaikan crown tu oleh my jurulatih..terharu sesngat....tp, aku jadikan itu, sebagai satu kenangan yang paling indah dalam hidupku sepanjang tiga tahun bersama suksis UKM nie....I love suksis Forever and ever....
so, ini antara pic tuk jamuan rayer 2010....enjoy it.... ( emmm..x dpt nk upload bnyak...tenet slow cam cput skunk) nati de masa...kite upload lagi ek...tqi love this song " Jendela Hati"...
Thursday, October 7, 2010
~Ilmu Untuk Bekalan~
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

Hari-hari terakhir sem 5 menuntut ilmu politik di Universiti Kebangsaan Malaysia
“Jika manusia itu merasa hebat(besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah.Jika manusia merasa kuat makan,sebenarnya besar lagi perut lembu.Jika manusia merasa bangga dengan keberaniannya sebenarnya berani lagi binatang buas.Jika manusia merasa bangga dengan tahan lasaknya ,sebenarnya tahan lasak lagi unta.Jika manusia merasa bangga dengan kecantikkanya ,sebenarnya cantik lagi burung merak……Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya”
....Apa yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa kegagahan atau kehebatan manusia kerana ilmu pengetahuannya bukan semata-mata saiz tubuh badan seseorang itu ,kecantikan paras rupa manusia ...
Subscribe to:
Posts (Atom)